Penulis kali ni memilih untuk menulis sedikit
info tentang isu Syria yang mana sumbernya penulis peroleh daripada ceramah,
pembacaan dan pemahaman penulis. Disebalik kekejaman rejim pemerintahan Basyar
Al-Assad ini, ada sedikit konspirasi atau hubungkait kejadian yang berlaku
sekarang. Iaitu ideolism SYIAH dan memerangi SUNNI. Pulak dah……
Tak
kenal, maka tak BENCI!!! Satu caption yang sangat sesuai disandarkan pada
Syiah. Semalam (1 Mac 2012), penulis telah pergi berdiskusi kitab
AL-KHOMEINIAH/KHOMEINISMA. Baru tau secara terperinci apa itu Syiah. Secara
mudahnya, ada perbezaan dr segi aqidah mereka itu sendiri berbanding Ahlus
Sunnah wal Jamaah. Mereka juga terdiri daripada beberapa tahap dari
mengagung-agungkan Saidina Ali sehinggalah mengkafirkan para sahabat.
Asal
Syiah ini menurut jumhur ulama’, berasal dari Abdullah bin Saba yang mana merupakan seorang Yahudi dan 'convert' to Islam. Detailnya penulis tak berani nak tulis
atas kekurangan ilmu berkenaan kisah Abdullah bin Saba. Tetapi dikhabarkan ada
suatu peristiwa yang mana Saidina Ali mengumpulkan pengikutnya yang sangat
taksub kepadanya dan ingin membakar mereka. Pendek cerita, kalau mereka nak
taubat, Saidina Ali ampunkan. Kalau tak , bakar. Kesemuanya dibakar kecuali
Abdullah bin Saba.
Beberapa akidah Syiah yang
sangat pelik:
- Melampau dalam berpegang kepada 12 Imam mereka (konsep Imamah)….. Bukan imam solat tuh… Antaranya, Imam mereka dikatakan bebas dalam menetapkan sesuatu perkara itu sama ada halal atau haram. Nabi S.A.W. pun tak boleh buat macam tu…
- BERPEGANG BAHAWA AlQuran telah diubahsuai dan diputarbelit…. Depa kata Saidina Abu Bakar tak masukkan 5 surah dalam AlQuran… Depa dah la guna Mushaf Fatimah yang mana mereka cakap 3 kali lagi tebal dari AlQuran kita ni…Nauzubillah….
إِنَّا
نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan
sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (Al-Hijr : 9 )
- Pendirian mereka terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w….Depa kata semua umat Islam keseluruhannya murtad selepas kewafatan Nabi S.A.W. kecuali empat orang sahaja (Ali bin Abi Thalib, Hasan, Hussin, Fatimah)… Mereka juga mendakwa Saidina Abu Bakar banyak mereka-reka hadis palsu… Kalau kita ada Hadis Shahih Bukhari dan Muslim, depa guna Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini.... Haish...
- PEndirian mereka terhadap para sahabat Nabi s.a.w… Mereka secara terangan mencerca para sahabat Nabi S.A.W… Bahkan sesetengah mereka ada yang mengkafirkan sahabat…
- MENGURANGKAN HAK NABI S.A.W… Golongan ini bepegang dengan pendapat bahawa wahyu yang diturunkan oleh malaikat Jibril adalah untuk Saidina Ali tetapi tersalah bagi kat Nabi S.A.W. sebab mengantuk…
- MEMBENARKAN NIKAH MUT’AH… Perbuatan ini hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Ia juga membenarkan zina yang jelas. Keturunan juga akan turut berpecahbelah walhal Islam sangat menjaga perihal keturunan seseorang itu.
- PENDIRIAN SYIAH TERHADAP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH… Bagi Syiah 12, “Sapa yang tak percayakan imam 12 mereka dan tidak percayakan kebolehan mereka untuk menghalal dan mengharamkan sesuatu perkara itu, maka tak layak baginya syurga”… Pelikkan...Allah sahaja yang sepatutnya berhak menentukan syurga atau neraka bagi hambanya…
- MELAMPAU DALAM MEMULIAKAN SAIDATINA FATIMAH …Dalam kitab-kitab Syiah ada menyebutkan bahawa Fatimah al-Zahra' juga menerima wahyu daripada Allah S.W.T.... Selain itu, Al-Khameinei mendakwa kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979 juga telah dikhabarkan oleh Jibril kepada Saidatina Fatimah... Taksubnya....
Syiah ini sememangnya banyak
perbezaan jika hendak dibandingkan dengan SUNNI. Kepercayan mereka sendiri
banyak berbeza. Kalau Sunni sehari solat 5 kali, mereka solat 3 kali je. Subuh,
Zohor dan Asar dijamakkan, begitu juga Maghrib dan Isyak. Kalau puasa mereka
pula hanyalah dengan tidak bersetubuh pada siang hari. Makna boleh makan la. Pelik
dan banyak lagi.
Pernah juga ada usaha untuk
mendamaikan antara Syiah dan Sunni (Taqrib baina mazahib) yang dahulunya
diketuai oleh Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi dan timbalannya Dr Wahbah Zuhaily
tetapi tidak berjaya, bukan apa, sebab tidak nampak satu titik persamaan pun untuk
menyatukan antara kedua-duanya. Pernah juga ada, ittifaq atau perjanjian antara
keduanya yang mana tidak dibenarkan penyebaran agama selain dari agama majoriti
negara tersebut (Makna kat iran x boleh ada sebaran ajaran Sunni dan sebaliknya
bg Negara Sunni). Sehari selepas perjanjian itu, di Sudan ada golongan Syiah
yang mengingkari perjanjian tersebut.
Sheikh Dr
Yusuf al-Qaradawi
Jika hendak diceritakan tentang
Syiah ini, tak kan berkesudahan. Penulis menulis panjang lebar tentang Syiah
supaya pembaca faham akan doktrin Syiah yang berbeza akidah berbanding Ahlus Sunnah
Wal Jamaah. HENDAKLAH DIKETAHUI BAHAWA BASYAR AL-ASSAD MERUPAKAN SEORANG
PENGIKUT SYIAH NUSAIRI!!!! Jangan terkejut kerana di depan mata anda sendiri
beliau telah melakukan kezaliman terhadap rakyatnya yang mana majority penduduk
Syria adalah SUNNI. Sehinggalah kini……. AKAN BERSAMBUNG DI PART TWO… Wallahua’alam…….
Antara rujukan:
1) http://pmram-manhal.blogspot.com/2012/02/al-khomeiniah-syiah-12-imam.html
2) Ceramah
SAVE SYRIA di Masrah Iskandariah, 1 Mac 2012.
3) Forum
Sepakat Tolak Syiah oleh Ust Fathul Bari dan Ust Aizam Mas’ud.
nice. part 2 ?
ReplyDelete