Monday, March 5, 2012

Persaudaraan

Bismillahirramanirrahim....

          Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam yang masih memberikan kudrat kepadaku untuk menyampaikan sedikit kalam berupakan pengalaman... Hari ini Khamis. Biasanya orang muslim berpuasa sunat pada hari ini. Tetapi bukan rezeki aku untuk berpuasa hari ini. Tetapi aku sempat jugalah memasak sedikit untuk ahli rumahku berbuka.

          Selepas memasak,aku pergi ke masjid berhampiran untuk sembahyang. Sembahyang Maghrib. Tetapi terlambat sedikit kerana sibuk memasak. Jadilah aku org masbuk. Semua jemaah sudah keluar meninggalkan beberapa orang yang lain. Sewaktu keluar, aku ditarik oleh seorang arab dari tepi. "Fuq... Fuq..." atau "pergi atas". Aku pun pelik sebab sepanjang sembahyang di situ tak pernah pun jenguk ke tingkat atas.


          
        Aku mengekori seorang arab yang lain. Debar....Kami tiba di satu ruang yang pada ku mungkin tempat jemaah perempuan sembahyang. Di situ  tersedia beberapa buah meja bersama sudu. Hatiku bermonolog, "Ada yang majlis iftar ke?" Aku pun duduk di satu kerusi. Aku dapat melihat di satu sudut, 2 orang sedang mengagih-agihkan makanan. 

      Makanan yang cukup simple tapi sangat bermakna. Nasi, kentang masak lada, bersama sedikit lahmah kharuf(daging). Suapan pertama cukup untuk membuatkan hatiku tersentuh. Seolah-olah aku dapat merasai satu kemanisan yang lain. Mungkin inilah dinamakan ukhuwah sesama muslim. Walaupun aku berbangsa asing di mata mereka, tetapi mereka tetap menjemput aku ber'iftar' bersama mereka.

          Semakin sedikit makananku, semakin ditambah pula nasi dan lauknya. Aku tidak menolak. Kerana ingin meraikan majlis iftar ni. Makanan dijamah dengan perlahan-lahan. Kerana tak mahu habis awal. Sebab pernah terdengar bahawa Rasulullah SAW takkan tinggalkan meja makan selagi mana Sahabat tak habis makan...

          Akibat berlaku cycle 'pinggan kosong dan diisi semula' menyebabkan aku antara orang terakhir yang habis. Walaupun perutku ini sudah kekenyangan. Sekali lagi aku bermonolog, "Kalau nak tolak takut terasa pulak hati penganjur program, tp kan kita kena isi perut dengan makan 1/3, air 1/3 dan udara 1/3"... Buntu. 
Akhirnya, cuba untuk menolak dengan baik. Tewas bukan kerana lemah tetapi bila dengar arab tu cakap haram membazir. Akhirnya, terpaksa habiskan semua makanan.

       Kisah ini menyebabkanku tersedar bahawa Islam itu bukanlah untuk individu tetapi untuk semua. Padaku, ini adalah salah satu bentuk dakwah. Islam itu akan menjadi kuat sekiranya penganutnya saling bantu-membantu dan berpegang teguh dengan agama Islam.

          Terdapat juga Hadith Shahih yang diriwayatkan oleh  Anas bin Malik daripada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda:

 Bantulah saudara kamu yang menindas (oppressor) atau yang ditindas (oppressed).

     "Aku bertanya, 'Ya Rasullullah SAW! Membantu saudara yang ditindas (oppressed) adalah tindakan yang benar tetapi bagaimana pula hendak membantu saudara yang menindas (oppressor)?'

Rasulullah SAW bersabda:

        Dengan mencegahnya daripada melakukan penindasan, maka kamu telah menolongnya.

          Islam juga mengajar untuk 'jaga tepi kain orang' bukan membiarkan sesetengah orang hanyut dengan dunia mereka sahaja. Kerana setiap diantara kita adalah bersaudara. Akhir kalam, mari kita jenguk Surah Hujurat (49:10)....



Wallahua'lam.....
          

No comments:

Post a Comment