Monday, March 5, 2012

Persaudaraan

Bismillahirramanirrahim....

          Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam yang masih memberikan kudrat kepadaku untuk menyampaikan sedikit kalam berupakan pengalaman... Hari ini Khamis. Biasanya orang muslim berpuasa sunat pada hari ini. Tetapi bukan rezeki aku untuk berpuasa hari ini. Tetapi aku sempat jugalah memasak sedikit untuk ahli rumahku berbuka.

          Selepas memasak,aku pergi ke masjid berhampiran untuk sembahyang. Sembahyang Maghrib. Tetapi terlambat sedikit kerana sibuk memasak. Jadilah aku org masbuk. Semua jemaah sudah keluar meninggalkan beberapa orang yang lain. Sewaktu keluar, aku ditarik oleh seorang arab dari tepi. "Fuq... Fuq..." atau "pergi atas". Aku pun pelik sebab sepanjang sembahyang di situ tak pernah pun jenguk ke tingkat atas.


          
        Aku mengekori seorang arab yang lain. Debar....Kami tiba di satu ruang yang pada ku mungkin tempat jemaah perempuan sembahyang. Di situ  tersedia beberapa buah meja bersama sudu. Hatiku bermonolog, "Ada yang majlis iftar ke?" Aku pun duduk di satu kerusi. Aku dapat melihat di satu sudut, 2 orang sedang mengagih-agihkan makanan. 

      Makanan yang cukup simple tapi sangat bermakna. Nasi, kentang masak lada, bersama sedikit lahmah kharuf(daging). Suapan pertama cukup untuk membuatkan hatiku tersentuh. Seolah-olah aku dapat merasai satu kemanisan yang lain. Mungkin inilah dinamakan ukhuwah sesama muslim. Walaupun aku berbangsa asing di mata mereka, tetapi mereka tetap menjemput aku ber'iftar' bersama mereka.

          Semakin sedikit makananku, semakin ditambah pula nasi dan lauknya. Aku tidak menolak. Kerana ingin meraikan majlis iftar ni. Makanan dijamah dengan perlahan-lahan. Kerana tak mahu habis awal. Sebab pernah terdengar bahawa Rasulullah SAW takkan tinggalkan meja makan selagi mana Sahabat tak habis makan...

          Akibat berlaku cycle 'pinggan kosong dan diisi semula' menyebabkan aku antara orang terakhir yang habis. Walaupun perutku ini sudah kekenyangan. Sekali lagi aku bermonolog, "Kalau nak tolak takut terasa pulak hati penganjur program, tp kan kita kena isi perut dengan makan 1/3, air 1/3 dan udara 1/3"... Buntu. 
Akhirnya, cuba untuk menolak dengan baik. Tewas bukan kerana lemah tetapi bila dengar arab tu cakap haram membazir. Akhirnya, terpaksa habiskan semua makanan.

       Kisah ini menyebabkanku tersedar bahawa Islam itu bukanlah untuk individu tetapi untuk semua. Padaku, ini adalah salah satu bentuk dakwah. Islam itu akan menjadi kuat sekiranya penganutnya saling bantu-membantu dan berpegang teguh dengan agama Islam.

          Terdapat juga Hadith Shahih yang diriwayatkan oleh  Anas bin Malik daripada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda:

 Bantulah saudara kamu yang menindas (oppressor) atau yang ditindas (oppressed).

     "Aku bertanya, 'Ya Rasullullah SAW! Membantu saudara yang ditindas (oppressed) adalah tindakan yang benar tetapi bagaimana pula hendak membantu saudara yang menindas (oppressor)?'

Rasulullah SAW bersabda:

        Dengan mencegahnya daripada melakukan penindasan, maka kamu telah menolongnya.

          Islam juga mengajar untuk 'jaga tepi kain orang' bukan membiarkan sesetengah orang hanyut dengan dunia mereka sahaja. Kerana setiap diantara kita adalah bersaudara. Akhir kalam, mari kita jenguk Surah Hujurat (49:10)....



Wallahua'lam.....
          

Friday, March 2, 2012

SAVE SYRIA!!!!! (Part One)



                   Penulis kali ni memilih untuk menulis sedikit info tentang isu Syria yang mana sumbernya penulis peroleh daripada ceramah, pembacaan dan pemahaman penulis. Disebalik kekejaman rejim pemerintahan Basyar Al-Assad ini, ada sedikit konspirasi atau hubungkait kejadian yang berlaku sekarang. Iaitu ideolism SYIAH dan memerangi SUNNI. Pulak dah……


                Tak kenal, maka tak BENCI!!! Satu caption yang sangat sesuai disandarkan pada Syiah. Semalam (1 Mac 2012), penulis telah pergi berdiskusi kitab AL-KHOMEINIAH/KHOMEINISMA. Baru tau secara terperinci apa itu Syiah. Secara mudahnya, ada perbezaan dr segi aqidah mereka itu sendiri berbanding Ahlus Sunnah wal Jamaah. Mereka juga terdiri daripada beberapa tahap dari mengagung-agungkan Saidina Ali sehinggalah mengkafirkan para sahabat.




                Asal Syiah ini menurut jumhur ulama’, berasal dari Abdullah bin Saba yang mana merupakan seorang Yahudi dan 'convert' to Islam. Detailnya penulis tak berani nak tulis atas kekurangan ilmu berkenaan kisah Abdullah bin Saba. Tetapi dikhabarkan ada suatu peristiwa yang mana Saidina Ali mengumpulkan pengikutnya yang sangat taksub kepadanya dan ingin membakar mereka. Pendek cerita, kalau mereka nak taubat, Saidina Ali ampunkan. Kalau tak , bakar. Kesemuanya dibakar kecuali Abdullah bin Saba.
                
                    Beberapa akidah Syiah yang sangat pelik:
  •          Melampau dalam berpegang kepada 12 Imam mereka (konsep Imamah)….. Bukan imam solat tuh… Antaranya, Imam mereka dikatakan bebas dalam menetapkan sesuatu perkara itu sama ada halal atau haram. Nabi S.A.W. pun tak boleh buat macam tu…


  •          BERPEGANG BAHAWA AlQuran telah diubahsuai dan diputarbelit…. Depa kata Saidina Abu Bakar tak masukkan 5 surah dalam AlQuran… Depa dah la guna Mushaf Fatimah yang mana mereka cakap 3 kali lagi tebal dari AlQuran kita ni…Nauzubillah….

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (Al-Hijr : 9 )



  •          Pendirian mereka terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w….Depa kata semua umat Islam keseluruhannya murtad selepas kewafatan Nabi S.A.W. kecuali empat orang sahaja (Ali bin Abi Thalib, Hasan, Hussin, Fatimah)… Mereka juga mendakwa Saidina Abu Bakar banyak mereka-reka hadis palsu… Kalau kita ada Hadis Shahih Bukhari dan Muslim, depa guna Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini.... Haish...


  •          PEndirian mereka terhadap para sahabat Nabi s.a.w…   Mereka secara terangan mencerca para sahabat Nabi S.A.W… Bahkan sesetengah mereka ada yang mengkafirkan sahabat…


  •          MENGURANGKAN HAK NABI S.A.W… Golongan ini bepegang dengan pendapat bahawa wahyu yang diturunkan oleh malaikat Jibril adalah untuk Saidina Ali tetapi tersalah bagi kat Nabi S.A.W. sebab mengantuk…


  •          MEMBENARKAN NIKAH MUT’AH Perbuatan ini hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Ia juga membenarkan zina yang jelas. Keturunan juga akan turut berpecahbelah walhal Islam sangat menjaga perihal keturunan seseorang itu.


  •          PENDIRIAN SYIAH TERHADAP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH… Bagi Syiah 12, “Sapa yang tak percayakan imam 12 mereka dan tidak percayakan kebolehan mereka untuk menghalal dan mengharamkan sesuatu perkara itu, maka tak layak baginya syurga”… Pelikkan...Allah sahaja yang sepatutnya berhak menentukan syurga atau neraka bagi hambanya…



  •         MELAMPAU DALAM MEMULIAKAN SAIDATINA FATIMAH   Dalam kitab-kitab Syiah ada menyebutkan bahawa Fatimah al-Zahra' juga menerima wahyu daripada Allah S.W.T.... Selain itu, Al-Khameinei mendakwa kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979 juga telah dikhabarkan oleh Jibril kepada Saidatina Fatimah... Taksubnya....


Syiah ini sememangnya banyak perbezaan jika hendak dibandingkan dengan SUNNI. Kepercayan mereka sendiri banyak berbeza. Kalau Sunni sehari solat 5 kali, mereka solat 3 kali je. Subuh, Zohor dan Asar dijamakkan, begitu juga Maghrib dan Isyak. Kalau puasa mereka pula hanyalah dengan tidak bersetubuh pada siang hari. Makna boleh makan la. Pelik dan banyak lagi.
             
             Pernah juga ada usaha untuk mendamaikan antara Syiah dan Sunni (Taqrib baina mazahib) yang dahulunya diketuai oleh Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi dan timbalannya Dr Wahbah Zuhaily tetapi tidak berjaya, bukan apa, sebab tidak nampak satu titik persamaan pun untuk menyatukan antara kedua-duanya. Pernah juga ada, ittifaq atau perjanjian antara keduanya yang mana tidak dibenarkan penyebaran agama selain dari agama majoriti negara tersebut (Makna kat iran x boleh ada sebaran ajaran Sunni dan sebaliknya bg Negara Sunni). Sehari selepas perjanjian itu, di Sudan ada golongan Syiah yang mengingkari perjanjian tersebut.


Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi




                Jika hendak diceritakan tentang Syiah ini, tak kan berkesudahan. Penulis menulis panjang lebar tentang Syiah supaya pembaca faham akan doktrin Syiah yang berbeza akidah berbanding Ahlus Sunnah Wal Jamaah. HENDAKLAH DIKETAHUI BAHAWA BASYAR AL-ASSAD MERUPAKAN SEORANG PENGIKUT SYIAH NUSAIRI!!!! Jangan terkejut kerana di depan mata anda sendiri beliau telah melakukan kezaliman terhadap rakyatnya yang mana majority penduduk Syria adalah SUNNI. Sehinggalah kini……. AKAN BERSAMBUNG DI PART TWO… Wallahua’alam…….


Antara rujukan:

1) http://pmram-manhal.blogspot.com/2012/02/al-khomeiniah-syiah-12-imam.html
2) Ceramah SAVE SYRIA di Masrah Iskandariah, 1 Mac 2012.
3) Forum Sepakat Tolak Syiah oleh Ust Fathul Bari dan Ust Aizam Mas’ud.



Saturday, February 25, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah

Bismillahirrahmanirrahim.....

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana hari ini (25 Feb 2012), penulis diberikan ilham untuk membuat blog bukan untuk penulis sahaja tetapi untuk semua. Penulis melihat pada zaman milennium ini, kemudahan dan kemajuan dalam bidang komunikasi banyak mengubah hidup masyarakat terutamanya dari segi pemikiran dan tingkahlaku. Dengan adanya internet, perkongsian idea itu menjadi lebih mudah (antaranya melalui blog). Maklumat nak diakses pun semuanya di hujung jari. Penulis sebenarnya ingin berkongsi dengan semua sedikit pengalaman hidup dan ilmu yang ada di dada. Kerana pengalaman hidup masing-masing semuanya berbeza. Cukuplah intro setakat ini. Semoga Allah memberkati usaha penulis yang sedikit ini. InsyaAllah.....